Pages

Wednesday, December 14, 2011

Perlis ‘junior’ garang

PERLIS memulakan aksi bergaya dalam kejohanan peringkat umur Juara-Juara Bawah 12 Tahun dengan membelasah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 5-0 pada perlawanan pertama Kumpulan B yang berlangsung di padang Majlis Perbandaran Muar, semalam.

Dua jaringan Mohd Zafuan Azman (minit ke-14 dan 21) dan Wan Mohd Fitri Wan Zalani (minit ke-47 dan 52) selain ledakan Ammar Akhmali Alias memastikan Perlis selesa mendahului kumpulan.


“Kami agak keletihan pada peringkat awal perlawanan kerana mengharungi perjalanan yang jauh namun apabila pemain mula bertindak sebagai satu pasukan dan menjaringkan dua gol pantas, ia membolehkan kami menguasai permainan. Kami meledak jaringan paling banyak hari ini (semalam), ia adalah petanda yang baik,” kata ketua jurulatih Perlis, Mohd Shahabuddin Kadir.

Pertembungan dua gergasi pantai timur pula menyaksikan jaringan lewat Muhammad Shaiful Alias membantu Kelantan menewaskan Terengganu, 2-1 selepas jaringan awal Muhammad Wa’ie Mubin Che Mohd Zin pada minit ke-32 menyamakan gol Wan Alif Aiman Rosmaidi pada minit ketujuh.


Terdahulu dalam aksi Kumpulan A, Selangor dan Kedah bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan keputusan seri 1-1.


Jaringan Muhammad Khair Azri Mohd Faizalo membolehkan Selangor menafikan jaringan jarak dekat pemain Pulau Pinang, Muhammad Syuaid Mohamad.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlis__8216_junior__8217_garang/Article/index_html

No comments:

Post a Comment