Pages

Saturday, October 15, 2011

Laporan Pemantauan dan sesi Latihan Program Pembangunan Negara

Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  09 OKT  – 12 OKT 2011

Laporan hari Ketiga – 11 Okt 2011- N.Sembilan

Sesi 1  7-30 pagi

Seramai 12 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK Seri Kelana , Seremban ini. Oleh kerana hujan turun dengan amat lebat Jurulatih hanya didedahkan dengan latihan teori fungsi pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan  koordinasi bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan serta perlaksanaan teknik dalam latihan taktikal. Lawatan ke Sekolah Sukan Negeri SMK Zaaba  di Kuala Pilah telah dijalankan pada pulul 11 pagi.

Sesi 2 jam 3-30 petang
Pemain telah dididik dengan latihan-latihan kawalan bola. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 V 4 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 3 jurulatih dan    10 pemain. Latihan-latihan , teknik
tangkapan serta teknik hantaran telah dipertingkatkan Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed

No comments:

Post a Comment