Pages

Thursday, June 21, 2012

Kejohanan JAPAN-ASEAN FOOTBALL EXCHANGE PROGRAMME - U14 YOUTH FOOTBALL FESTIVAL DI OSAKA, JEPUN


Salam,

Laporan Kejohanan JAPAN-ASEAN FOOTBALL EXCHANGE PROGRAMME - U14 YOUTH FOOTBALL FESTIVAL DI OSAKA, JEPUN (16 - 24 Jun 2012)

Seramai 18 pemain dan 5 pegawai telah berangkat ke Osaka, Jepun pada 16 Jun 2012. 18 pemain yang terpilih adalah melalui sesi pemilihan pemain yang di jalankan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang di ketuai oleh Encik Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola  Sepak Remaja Kebangsaan. 

Sebanyak 2 Fasa Pemilihan telah di jalankan seperti berikut:-

i) Fasa 1, Sesi pemilihan dan Latihan pusat di Dara Inn, K.Terengganu    : 20 – 26 Mei 201 (60 orang pemain)

ii) Fasa 2, sesi pemilihan terakhir dan Latihan pusat di MSN, Bukit Jalil   : 4 – 16 Jun 2012 (24 orang pemain)



Keputusan Kejohanan Pasukan Bawah 14 Tahun di Osaka, Jepun:-


19 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Singapore ( 0 - 0 ) seri
- game kedua pada sebelah petang telah ditunda kerana venue kejohanan di landa ribut taufan

20 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Japan ( 0 - 2 ) kalah
                   (2.30pm)  - Malaysia vs Filipina ( 1 - 2 ) kalah

21 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Brunei DS ( 0 - 4 ) menang
                   (2.30pm)  - Malaysia vs Indonesia ( 2 - 2 ) seri

Melalui makluman yang di terima daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA). Kejohanan edisi pertama ini berlaku sedikit gangguan dari aspek cuaca yang mana ribut taufan dan hujan tanpa henti merencatkan penganjuran kejohanan dan ada ketika suhu mencecah sehingga 15 darjah celcius.

Pasukan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 24 Jun 2012 dan tiba di Malaysia (KLIA) pada jam 4.30 petang.

Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Piala Cappy Cup, Osijek, Croatia


Salam 1 Malaysia,

PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA


26hb Mei 2012


7-00 am           - Sarapan pagi

7-30 am           - Bertolak ke Akademi  Krpan & Babic

9-00 am           - Pertandingan Piala Cappy Bermula

9-00 am           - Malaysia B vs Akademi Krpan & Babic, Croatia ( 0 – 6 )

10-20 am         - Malaysia A vs Real Betis, Spain (0 – 6)

11-00 am         - Malaysia B vs FK Vojvodina, Serbia  (0 – 5 )

11-40 am         - Malaysia A vs NK Osijek, Croatia (0 - 5)

 

5-40 pm           - Malaysia B vs HNK Hajduk Split, Croatia ( 0 - 8)

5-40 pm           - Malaysia A vs GNK Dinamo Zagreb, Croatia ( 0 – 5 )

7.00 pm           - Malaysia A vs FK Sarajevo, Bosnia ( 0 – 4 )

7-40 pm           - Malaysia B vs SK Sturm, Austria ( 1 – 4 )

8.30 pm           -  Bertolak ke Hotel Osijek

9-00 pm           -  Makan Malam

 

Pada pagi hari kelima  Pertandingan Piala Cappy dijalankan.Pasukan  Malaysia A dan B tewas dalam kesemua 4 perlawanan masing - masing. Perbezaan umur pemain kita bawah 10 tahun dan pemain  dari Kelab Eropah bawah 11 tahun ternyata memberikan banyak kesan:

  1. Perbezaan Fizikal 
  2. Ketangkasan
  3. Kematangan bermain
  4. Kekuatan dan teknik kawalan

 

Walau pun tewas, sokongan padu yang diberikan oleh penonton amat menggalakkan.Setiap kali pemain Malaysia membawa bola penonton akan memberikan sokongan. Ternyata pemain-pemain ini menunjukkan kesungguhan, disiplin permainan dan semangat juang yang amat tinggi.



Ibrahim Hj Mohamed

Pertandingan Piala Cappy. Osijek Croatia

Salam 1 malaysia,

PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA


22hb Mei 2012


7-00 am           - Sarapan pagi

7-30 am           - Bertolak ke NK Osijek

8-30 am           - Latihan di Dewan tertutup NK Osijek kerana hujan lebat

12-30 pm         - Makan tengah hari di dewan makan NK Osijek

1-00 pm            - Bertolak ke Hotel Osijek

 

3-00 pm           -  Bertolak ke NK Osijek

3.30 pm           -  Perlawanan Persahabatan Malaysia A Vs Nk Osijek U11

                           Tewas 0-10

4-30 pm           -  Perlawanan Persahabatan Malaysia B vs Krpan & Babic Academy U11

                           Tewas 0-15

 

6-30 pm           - Makan malam

 

Hari ini adalah hari pertama kesemua pemain menjalani latihan di Osijek, Croatia.

Cuaca amat sejuk pada sebelah pagi kerana keadaan hujan yang lebat dan terpaksa berlatih didalam gelanggang tertutup sahaja. Pemain pemain kita nampaknya  belum dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu yang lewat 6 jam dengan waktu tempatan serta keletihan 20 jam perjalanan. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan meraka tidak dapat beraksi dengan kekuatan sebenar dan tewas dengan jurang yang besar.

 

IBRAHIM HJ MOHAMED