Pages

Wednesday, September 28, 2011

Laporan Pemantauan dan Sesi Latihan Program Bolasepak Negara

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN  UNTUK  PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Keempat – 23hb Sep 2011- Perlis

Sesi 1 Pemilihan Pemain - jam  7-30 pagi

Seramai 120 pemain telah menghadiri sesi pemilihan ini.
Bawah 7 tahun – 30 pemain
Bawah 8 tahun – 47 pemain
Bawah 9 tahun – 43 pemain

Sesi 2  Pemilihan Pemain – jam 3-30 petang

Seramai 103 pemain telah menghadiri sesi pemilihan sebelah petang ini.

Bawah 10 tahun – 45 pemain
Bawah 11 tahun – 36 pemain
Bawah 12  tahun – 22 pemain

Pemain-pemain yang terpilih nanti akan diumumkan melalui surat rasmi
dan akan diberikan surat tawaran serta borang kebenaran ibubapa untuk
disempurnakan

Taklimat kepada semua ibu bapa berhubung program pembangunan ini telah
disampaikan  oleh Encik  Lim Kim Chon, En.Ibrahim Hj Mohamed dan Ketua
Jurulatih Remaja Negeri Perlis En. Yusri Che` Lah. Sesi soal jawab
juga telah diadakan dan kesemua ibubapa telah memberikan respons yang
amat positif.

Sesi pemilihan telah berjalan dengan lancer dan ditamatkan jam 6-30 petang


Sekian

IBRAHIM HJ MOHAMED

Sunday, September 25, 2011

Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara 23 Sep 2011

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Ketiga – 23hb Sep 2011- Perlis

Sesi 1 jam  7-30 pagi
Seramai 16 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK
Kubang Gajah, Perlis ini.Jurulatih didedahkan dengan latihan-latihan hantaran dan mengawal bola bersesuaian untuk pemain peringkat umur akar umbi.Diakhir sesi jurulatih didedahkan dengan cara mengendalikan sesi perlawanan kecil serta ukuran-ukuran kawasan latihan setiap kali mengadakan ansur maju.

Sesi 2 jam 11-00 pagi
Jurulatih diminta untuk mengendalikan latihan –latihan hantaran dan mengawal bola seperti yang telah ditunjuk ajar pada sesi pagi. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih dinilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan    6 pemain. Latihan-latihan , teknik tangkapan-bola leret,paras dada dan bola lambung serta teknik hantaran – tendangan dan balingan telah dipertingkatkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

Sesi 3 jam 8-00 malam
Sesi kuliah telah dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Kesemua jurulatih telah diberi penerangan tentang cara menyediakan laporan harian dan bulanan ( Coaches Log Book) dan diberi pemahaman berhubung cara mengendalikan sesi pemilihan serta ukurang padang yang sesuai bagi setiap peringkat umur.

Sesi kuliah tamat jam 9-00 malam

Sekian


IBRAHIM HJ MOHAMED

Pemantauan dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara


Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Kedua – 22hb Sep 2011- Perlis

Sesi 1 jam  7-30 pagi
Seramai 16 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK
Kubang Gajah, Perlis ini. Jurulatih didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan  koordinasi bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.

Sesi 2 jam 11-00 pagi
Sesi kuliah telah dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Kesemua jurulatih telah diberi penerangan tentang Program Pembangunan
Bolasepak Negera. Dan diberi pemahaman berhubung hala tuju, struktur program dan sistem latihan peringkat umur yang akan dijalankan antara Mykid Soccer dan Program SPTS

Sesi 3 jam 3-30 petang
Pemain telah dididik dengan asas `ball mastery ,ball feeling` serta asas kawalan bola. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan    6 pemain. Latihan-latihan , teknik tangkapan serta teknik hantaran telah dipertingkatkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

 Terima kasih

 IBRAHIM HJ MOHAMED

Friday, September 23, 2011

Pemantauan Dan sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara



Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Pertama – 21hb Sep 2011- Perlis

Latihan dimulakan jam 4-00 petang
Seramai 36 pemain dan 21 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTStelah menghadiri sesi latihan yang
dijalankan di SK Kubang Gajah, Perlis ini. Sesi latihan dikendalikan oleh En Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal FAM, En Lim Chuan Chin Jurulatih Penjaga gol FAM/MSN dan Rn.Ibrahim Hj Mohamed Pembantu Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara

Latihan dimulakan dengan mendidik pemain tentang cara sempurna pemakaian peralatan sukan seperti boot dan cara ikatan supaya tidak mendatangkan kecederaan serta memberi impak semasa menjalani latihan atau pertandingan
Pemain juga dididik dengan asas juggling seterusnya latihan latihan koordinasi tanpa bola dan bersama bola bagi memantapkan imbangan badan serta agiliti dan kekuatan pemain

Latihan diakhiri dengan permainnan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu
kejurulatihan mereka En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan    6 pemain. Latihan-latihan memanahaskan badan, teknik tangkapan serta teknik hantaran telah diajarkan

Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

Terima Kasih

*IBRAHIM HJ MOHAMED

Monday, September 19, 2011

Kejohanan AFF: Malaysia capai sasaran mara ke separuh akhir

Kosmo
19/09/2011

SKUAD negara, Harimau Muda B berjaya mencapai sasaran apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun di Yangon, Myanmar.

Malaysia menempah tiket ke separuh akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan membelasah Filipina 6-0 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan di Pusat Latihan Remaja, Yangon kelmarin.

Pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara kendalian Ismail Ibrahim akan menentang Vietnam, manakala Thailand dijadualkan bertemu Myanmar.

Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya apabila menepati sasaran ke peringkat separuh akhir pada kejohanan kali ini.

"Para pemain sudah belajar daripada kesilapan ketika kalah kepada Thailand dalam perlawanan kumpulan dan kini lebih berazam untuk meningkatkan prestasi menentang Vietnam pada saingan separuh akhir," kata Ismail.

Tuesday, September 13, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS






Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Ke Tujuh 11hb Sept 2011 diPulau Pinang:
Program bermula jam 4 petang. Keadaan padang basah kerana hujan sepanjang hari/

Penilaian Ketua jurulatih dibuat berdasarkan persiapan pelan
latihan,penerangan kepada penolong jurulatih serta pembahagian tugasan
kepada penolong jurulatih.

Penolong jurulatih dinilai dari segi organisasi latihan, penerangan
kepada pemain, tunjuk ajar perisian latihan, pembetulan dan ansur maju
latihan.Seramai 86 pemain terlibat didalam sesi ini.

Jurulatih penjaga gol telah dinilai oleh Encik Lim Chuan Chin dengan
Latihan asas penjaga gol
Seramai 10 penjaga gol terlibat didalam sesi ini

Latihan ditamatkan dengan permainan kecil 5 v 5 dan kesemua jurulatih
telah dinilai berdasarkan cara pengendalian sesi latihan, pembetulan
dan pemahaman pemain


--



*IBRAHIM HJ MOHAMED

Sunday, September 11, 2011

Laporan Pemantauan Program Pembangunan Negara - Pulau Pinang

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan Hari Ke Enam 10hb Sept 2011 diPulau Pinang:

Program diPulau Pinang bermula jam 4  petang di Pusat Kecemerlangan
Sukan Westland
Kehadiran pemain adalah diluar dugaan dengan penyertaan seramai 96
pemain walau pun sasaran hanyalah seramai 25 pemain sahaja.

Jurulatih yang hadir adalah seramai 7 orang sahaja pada hari pertama
ini kerana terlibat dengan tugasan lain.

Kesemua Jurulatih dibawah  kendalian Ketua Jurulatih Remaja Pulau
Pinang Encik Nadaraja telah berjaya mengendalikan sesi latihan dengan
lancar walau pun didalam keadaan serba kekurangan peralatan.

Seramai 7 pemain penjaga gol telah dibimbing oleh En.Lim Chuan Chin
dengan latihan-latihan asas penjaga gol

Sesi latihan hari pertama di Pulau Pinang ini telah ditamatkan jam
6-20 petang dan kesemua jurulatih ini telah dberi taklimat dan
penilaian oleh Encik Ibrahim Hj Mohamed

Sekian

Ibrahim Hj Mohamed