Tuesday, November 29, 2011

LAPORAN PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - 29 NOV 2011 ( SEASA)











KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR DAN PERLAWANAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
8.30 PAGI

Perlawanan Akhir di antara Pasukan Kedah dan Perlis telah diadakan pada jam 8.30 pagi di Padang A, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Perlawanan dimulakan selepas perarakan masuk bendera 'Fair Play' dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling membuat asakan ke arah pintu gol lawan masing-masing. Kedah akhirnya memperolehi gol pada separuh masa kedua. Keputusan kekal (1-0) sehingga masa penamat dengan Pasukan Kedah muncul sebagai Johan bagi kejohanan yang julung kali diadakan ini.

Perlawanan penentuan tempat Ketiga dan Keempat di antara Pasukan Selangor dan Terengganu juga telah diadakan serentak iaitu pada jam 8.30 pagi di padang B UTP. Pasukan Selangor telah menewaskan Terengganu dengan jaringan 3-0 untuk mendapat tempat Ketiga.

Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang iaitu Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Junid Mohd Noor, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara. Keempat-empat pasukan yang berjaya layak ke Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 secara automatik telah mengesahkan tempat untuk bertanding di dalam Kejohanan Champion of Champions yang akan diadakan di Muar, Johor pada pertengahan Disember 2011.

Sekalung tahniah kepada Pasukan Kedah yang telah muncul Juara dan juga kepada lain-lain pasukan yang mengambil bahagian dan memeriahkan pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011.

Sekian, laporan pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011.

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN - KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR - 28 NOV 2011

8 NOV 2011 (ISNIN)
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Keputusan pihak pegelola untuk mengadakan Perlawanan Peringkat Separuh Akhir pada jam 3.00 petang berjaya mengatasi masalah perlawanan ditangguhkan disebabkan hujan lebat. Keputusan perlawanan berpihak kepada dua (2) pasukan dari Utara iaitu Kedah dan Perlis untuk melangkah masuk ke Perlawanan Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 yang akan diadakan pada jam 8.00 pagi 29 November 2011 @ Selasa.

Kedua-dua perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti apabila berkesudahan dengan keputusan seri selepas 60 minit masa permainan tamat. Pasukan Kedah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan Terengganu 5-4 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan berkesudahahn seri 0-0. Manakala Pasukan Perlis yang mendahului 1-0 telah diikat dengan keputusan seri oleh Selangor di penghujung waktu permainan sehingga memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada pasukan Perlis dengan keputusan (4-2)


29 NOV 2011 (SELASA)
JADUAL PERLAWANAN

PERLAWANAN AKHIR - 8.00 PAGI
Padang A : Kedah vs Perlis

PERLAWANAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT - 8.00 PAGI
Padang B : Terengganu vs Selangor

Monday, November 28, 2011

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011- PERINGKAT SUKU AKHIR - 28 NOV 2011

28 NOV 2011 (ISNIN)

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR
8.00 PAGI

Empat pasukan iaitu Terengganu, Kedah, Selangor dan Perlis telah melayakkan diri ke Peringkat Suku Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011, Pasukan Kedah menewaskan Sabah dengan jaringan 4-1 manakala Selangor menewaskan Melaka 6-0. Dua lagi perlawanan bagi menentukan pasukan yang layak ke Peringkat Separuh Akhir terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Terengganu layak setelah menewaskan pasukan Kelantan melalui penentuan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 2-2 manakala pasukan Perlis menumpaskan pasukan tuan rumah, Perak juga melalui sepakan penalti 6-5 setelah terikat dengan keputusan 1-1.


JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
3.00 PETANG

Padang A : Terengganu vs Kedah
Padang B : Selangor vs Perlis

Sekian, Laporan dari UTP, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN - PERLAWANAN SUKU AKHIR - 27 NOV 2011






KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR - 4.30 PETANG
(PERLAWANAN DITANGGUHKAN)

27 NOV 2011 (AHAD)

Perlawanan Peringkat Suku Akhir telah diadakan serentak melibatkan 4 padang di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada jam 4.30 petang, 27 Nov 2011 (Ahad). Waktu perlawanan Peringkat Suku Akhir ini telah diawalkan daripada jadual asal pada jam 5.00 petang kepada jam 4.30 petang setelah pihak Jawatankuasa Pengelola mengambilkira faktor cuaca yang tidak menentu dan sering hujan lebat pada lewat petang. Walau bagaimanapun, hujan renyai-renyai yang turun semasa perlawanan dimulakan telah bertukar menjadi hujan lebat diselangi kilat serta menyebabkan berlaku takungan air yang serius di dalam padang menyebabkan pengadil telah mengambil keputusan untuk memberhentikan perlawanan untuk seketika. Walaupun hujan lebat telah berhenti namun masih terdapat takungan air di beberapa kawasan padang. Perlawanan tidak dapat diteruskan dan pihak Jawatankuasa Pengelola telah memutuskan untuk menangguhkan keempat-empat Perlawanan Peringkat Suku Akhir ke esok hari (28 Nov 2011 @ Isnin) pada jam 8.00 pagi.


28 NOV 2011 ( ISNIN)

PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR (PERMAINAN SEMULA)
8.00 PAGI

Perlawanan Suku Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 akan dimainkan semula pada jam 8.00 pagi, 28 N0v 2011 (Isnin) melibatkan jadual perlawanan seperti berikut:-

Padang A : Kelantan vs Terengganu
Padang B : Kedah vs Sabah
Padang C : Selangor vs Melaka
Padang D : Perlis vs Perak


JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
3.00 PETANG

Pemenang Perlawanan Peringkat Suku Akhir akan bermain di dalam Perlawanan Separuh Akhir pada hari yang sama 28 Nov 2011 (seperti di dalam jadual pertandingan). Namun waktu perlawanan juga telah diawalkan dan akan dimulakan pada jam 3.00 petang setelah mengambilkira keadaan cuaca yang sering hujan lebat di lewat petang sejak kebelakangan ini.

Sekian.

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - 26 NOV 2011

HARI KEEMPAT - PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN (2 PERLAWANAN TERTUNDA)
26 NOV 2011 (SABTU)

Dua perlawanan peringkat kumpulan pada jam 5.00 petang yang telah dihentikan pada 25 Nov 2011 (Jumaat) telah dilangsungkan semula pagi ini melibatkan pasukan Selangor vs Sabah dari Kumpulan C dan Perlis vs Terengganu dari Kumpulan D. Di dalam perlawanan bagi menentukan Johan dan Naib Johan Kumpulan C, Selangor mengesahkan kedudukan untuk muncul selaku Johan Kumpulan C apabila menewaskan Sabah dengan jaringan (3-1). Manakala Terengganu muncul sebagai Naib Johan Kumpulan D mengiringi pasukan Perlis setelah ditewaskan dengan jaringan (3-1).

Pada masa yang sama juga, pihak Teknikal (En. Ibrahim dan En. Lim Chuan Chin) telah mengelolakan satu klinik penjaga gol yang disertai oleh seorang (1) jurulatih penjaga gol serta dua (2) penjaga gol dari setiap pusat latihan dan ujian kemahiran untuk 10 pasukan (kecuali Perlis, Terengganu, Selangor dan Sabah kerana terlibat dengan perlawanan ulangan). Setiap pasukan diminta untuk menamakan emapt (4) pemain untuk mengikuti sesi ujian kemahiran ini yang melibatkan lima (5) teknik iaitu shooting, receiving, passing, dribbling dan juggling.

Sekian, laporan perlawanan peringkat kumpulan dari UTP.


JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR
27 NOV 2011 ( AHAD)

Perlawanan Peringkat Suku Akhir yang akan dilangsungkan pada 27 Nov 2011 (Ahad) akan diawalkan masa daripada jadual asal pada jam 5.00 petang kepada jam 4.30 petang disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu dan sering hujan lebat pada lewat petang.

Merujuk kepada Perlawanan Suku Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011, berikut adalah jadual perlawanan :-

Padang A : Kelantan vs Terengganu
Padang B : Kedah vs Sabah
Padang C : Selangor vs Melaka
Padang D : Perlis vs Perak

Sekian, terima kasih.

Friday, November 25, 2011

Sekitar Kejohanan MyKids Soccer pada 25hb November 2011 (siri 2)

HARI KETIGA - PERINGKAT KUMPULAN - PERLAWANAN JAM 5.00 PETANG
25 NOVEMBER 2011 (JUMAAT)

Sebanyak tiga (3) perlawanan telah dilangsungkan pada jam 5.00 petang bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan melibatkan pertembungan pasukan seperti berikut:

Kumpulan C : Selangor vs Sabah (penentuan Johan & Naib Johan Kumpulan C)
Kumpulan D : Kuala Lumpur vs Pahang (penentuan tempat ketiga & keempat Kumpulan D )
Kumpulan D : Perlis vs Terengganu (penentuan Johan & Naib Johan Kumpulan D)

Keadaan cuaca yang tiba-tiba bertukar daripada panas terik kepada hujan lebat telah menyebabkan perlawanan terhenti dan terpaksa ditunda ke esok pagi. Dua perlawanan perlu dimainkan semula pada jam 8.00 pagi esok bagi menentukan Johan dan Naib Johan Kumpulan C dan Kumpulan D. Sebelum perlawanan dihentikan, pasukan Perlis sedang mengatasi pasukan Terengganu dengan jaringan (2-1) manakala pasukan Selangor turut sedang mengatasi pasukan Sabah juga dengan jaringan (2-1).

Penentuan tempat ketiga bagi Kumpulan D menjadi milik Pasukan Kuala Lumpur apabila berjaya mengatasi Pasukan Pahang dengan jaringan (4-1).

Jadual terkini di sini dan di sini

Sekitar Kejohanan MyKids Soccer pada 25hb November 2011


Thursday, November 24, 2011

Kejohanan MyKids Soccer 2011: Sekitar perlawanan hari pertama dan kedua










Kejohanan MyKids Soccer 2011: Laporan 23hb






HARI PERTAMA - PERINGKAT KUMPULAN
23 NOV 2011 (RABU)

Sebanyak enam (6) perlawanan peringkat kumpulan telah dilangsungkan di Padang Universiti Teknologi Petronas (UTP), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada hari pertama pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 melibatkan tiga perlawanan dari Kumpulan A dan B pada sebelah pagi manakala tiga (3) lagi perlawanan melibatkan Kumpulan C dan D telah dilangsungkan pada sebelah petang.

Kejohanan dilangsungkan dengan terkawal dan lancar mengikut jadual di dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Komitmen dan kehadiran keluarga pemain yang hadir dari dalam dan luar Negeri Perak memeriahkan pengelolaan kejohanan ini. Berikut adalah keputusan perlawanan yang dilangsungkan pada jam 8.00 pagi:

PERLAWANAN KEPUTUSAN
Kumpulan A : Negeri Sembilan vs Perak (1-2)
Kumpulan A : Pulau Pinang vs Kelantan (0-3)
Kumpulan B ; Johor vs Melaka (1-2)

Bagi perlawanan sesi petang yang diadakan pada jam 5.00 petang, berikut adalah keputusan perlawanan:
Kumpulan C : Sarawak vs Selangor (0-6)
Kumpulan D : Perlis vs Kuala Lumpur (4-0)
Kumpulan D : Pahang vs Terengganu (0-3)


Esok @ 24 Nov 2011 (Khamis) akan dilangsungkan enam (6) lagi pertandingan iaitu tiga (3) pada sebelah pagi manakala tiga (3) lagi perlawanan pada sebelah petang melibatkan pertandingan di antara pasukan seperti berikut:

Masa : 8.00 pagi
Kumpulan D : Pahang vs Perlis
Kumpulan D : Terengganu vs Kuala Lumpur
Kumpulan C : Sabah vs Sarawak

Masa : 5.00 petang
Kumpulan A : Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Kumpulan A : Kelantan vs Perak
Kumpulan B : Kedah vs Johor

Sekian, laporan dan keputusan hari pertama pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 dari UTP, Perak.